Siri vivo X300 dijangka akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Siri vivo X300 telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 3 Oktober 2025 dengan menggunakan kod nama V2514 (X300 Pro) dan V2515 (X300). Kedua-dua model telah didaftarkan di bawah syarikat VTALENT BUSINESS SDB BHD.

Acara pelancaran siri vivo X300 telahpun dijadualkan pada 13 Oktober ini di China. Beberapa maklumat mengenai peranti ini juga telah dikongsi secara rasmi oleh vivo. Siri vivo X300 akan dikuasakan dengan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9500. Turut dilengkapi dengan cip imej pemprosesan VS1 dengan kamera utama 200MP.

Selain itu, vivo X300 akan hadir dengan ketebalan 7.95mm yang memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Peranti ini akan menjalankan sistem operasi terbaru dari vivo iaitu OriginOS 6 yang berasaskan Android 16.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan. Kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini mungkin akan tiba dalam masa terdekat.