Close

Motorola Moto X70 Air diumumkan – Fon nipis dengan bateri 4800mAh

Motorola menggumumkan peranti baru mereka iaitu Moto X70 Air, seperti namanya peranti ini hadir dengan rekaan yang nipis dan juga ringan.

Moto X70 Air tampil dengan rekaan yang nipis iaitu 6mm dan berat hanya sekitar 159gram sahaja. Walaupun hadir dengan rekaan yang nipis, peranti ini dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar 4800mAh berbanding 3900mAh pada Galaxy S25 Edge dan 3149mAh pada iPhone Air.

Dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Menyokong pengecasan pantas 60W berwayar dan 20W tanpa wayar. Moto X70 Air turut menyokong penarafan IP68 dan IP69.

Peranti ini telahpun disenaraikan di laman rasmi Lenovo.com, namun tiada harga jualan yang diumumkan. Moto X70 Air akan turut ditawarkan ke pasaran global dengan nama yang berbeza Motorola Edge 70.

ARTIKEL BERKAITAN