OpenAI, syarikat di sebalik platform kecerdasan buatan terkenal iaitu ChatGPT, mengumumkan kerjasama strategik dengan Amazon Web Services (AWS).
Perjanjian kerjasama strategik ini bernilai $38 billion untuk tujuh tahun. Melalui kerjasama ini, OpenAI akan menerima akses pelayan berprestasi tinggi dengan sokongan puluhan juta CPU untuk mengendalikan kerja AI berskala besar. OpenAI akan mengguna pakai AWS bagi melatih model-model kecerdasan buatan mereka.

Kerjasama ini menjadikan AWS sebagai rakan utama OpenAI sekaligus akan mempercepatkan pembangunan ChatGPT dalam kapasiti berskala lebih besar. Selain itu, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan AWS dalam pasaran Cloud AI, menyaingi Goolge Cloud dan Azure.
Gabungan kepakaran AWS dalam awan dan inovasi OpenAI dalam AI generatif akan memastikan berjuta pengguna terus menikmati nilai tambah daripada ChatGPT.