Close

RedMagic 11 Pro akan tiba di Malaysia 10 November ini – Harga bermula RM4399

RedMagic 11 Pro akan tiba secara rasmi ke pasaran tempatan pada 10 November ini. Menjadi peranti permainan pertama hadir dengan sistem penyejukan cecair yang sama digunakan pada komputer permainan.

Sistem penyejukan cecair pada RedMagic 11 Pro ini dipanggil sebagai AquaCore, dipadankan dengan plat vapor chamber bersaiz besar. Menjadikan ia lebih menarik, aliran atau pergerakan cecair untuk sistem penyejukan tersebut boleh dilihat melalui panel belakang.

Untuk spesifikasi, RedMagic 11 Pro hadir dengan skrin OLED BOE X10 bersaiz 6.85-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB LPDDR5T dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP yang diletakkan di bawah skrin. Dimuatkan dengan bateri 7500mAh yang menyokong pengecasan 120W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Spesifikasi yang turut dibawakan seperti penarafan IPX8, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi RedMagic OS 11 berasaskan Android 16.

Di Malaysia, RedMagic 11 Pro dijual pada harga RM4399 (12GB + 256GB), RM4999 (16GB + 512GB) dan RM5999 (24GB + 1TB). Seiring dengan ketibaan, peranti ini akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM3399 (12GB + 256GB), RM3999 (16GB + 512GB) dan RM4999 (24GB + 1TB).

ARTIKEL BERKAITAN