OnePlus Ace 6T akhirnya tiba ke pasaran China dan merupakan fon pertama di dunia yang menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 5. Model ini akan turut diperkenalkan ke pasaran global sebagai OnePlus 15R.

OnePlus Ace 6T, hadir dengan skrin OLED besaiz 6.7-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 165Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri yang lebih besar iaitu 8300mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Spesifikasi lain, ia hadir dengan penarafan IP68, IP69, IP69K, pengimbas cari bawah skrin ultrasonik, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.

Di China, OnePlus Ace 6T dijual pada harga bermula sekitar CNY2599 (RM1514) dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna Phantom Green, Electric Purple dan Flash Black.