Close

Xiaomi bakal perkenal fon dengan bateri 10,000mAh

Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan sebuah fon dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 10,000mAh, namun masih mengekalkan rekaan yang nipis.

Peranti Xiaomi dengan bateri 10,000mAh ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun depan dan akan menyokong pengecasan 100W berwayar. Apa yang lebih menarik, peranti ini dikatakan hanya setebal sekitar 8.5mm walaupun menggunakan kapasiti bateri yang besar.

Buat masa ini, Xiaomi dikatakan telah bersedia untuk memperkenalkan beberapa peranti dengan kapasiti bateri tidak lama lagi. Menurut maklumat, Redmi Turbo 5 Pro dijangka akan diperkenalkan dengan bateri 9000mAh.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat yang jelas sama ada peranti tersebut akan diperkenalkan di bawah jenama Xiaomi, Redmi atau POCO.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN