Close

Siri Redmi Note 15 Pro tiba ke pasaran global – Tiga pilihan model dengan cip Snapdragon 7s Gen 4

Selepas diperkenalkan ke pasaran China, siri Redmi Note 15 kini tiba ke pasaran global. Hadir dengan tiga pilihan model iaitu Redmi Note 15 Pro, Redmi Note 15 Pro 5G dan Redmi Note 15 Pro+ 5G. Ketiga-tiga model ini hadir dengan spesifikasi berbeza berbanding pasaran China.

Redmi Note 15 Pro tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Helio G200 Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut tersedia, IR Blaster, WiFi 6, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2.

Untuk Redmi Note 15 Pro 5G, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400-Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6580mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dan 22.5W pengecasan berbalik. Spesifikasi lain yang turut tersedia, IR Blaster, WiFi 6, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2.

Manakala untuk model paling premium iaitu Redmi Note 15 Pro+5G, dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pantas 100W. Peranti ini menyokong empat penarafan iaitu IP69K, IP69, IP68 dan IP66.

Untuk pasaran Eropah, Redmi Note 15 Pro dijual pada harga bermula sekitar €349 (RM 1677), €399 (RM 1914) untuk Redmi Note 15 Pro 5G dan €500 (RM 2395) untuk Redmi Note 15 Pro+ 5G.

ARTIKEL BERKAITAN