Xiaomi 17 Ultra bakal hadir dengan ciri unik yang membolehkan pengguna mengawal zum dengan lebih mudah secara fizikal.
Melalui video teaser yang dikongsi, memperlihatkan Xiaomi 17 Ultra akan dilengkapi dengan ciri unik ‘pyhsical zoom ring’. Membolehkan pengguna mengawal zum dengan lebih mudah seperti mana pada kamera.

Selain itu, Xiaomi 17 Ultra akan menggunakan logo ikonik Leica yang lebih menonjol iaitu berwarna merah. Lebih menarik, pada video teaser tersebut terdapat perkataan ‘Xiaomi 17 Ultra by Leica’.

Xiaomi 17 Ultra dijangka akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OmniVision dan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.