Xiaomi turut mengumumkan sebuah model edisi terhad iaitu 17 Ultra Leica Edition. Seperti namanya, model ini hadir dengan rekaan yang lebih eksklusif bersama dengan beberapa ciri tambahan yang menarik.

Xiaomi 17 Ultra Leica Edition tampil dengan rekaan yang lebih eksklusif yang diinspirasikan dari siri Leica-M, panel belakarang peranti ini menggunakan kemasan dwi-tona iaitu leather dan matte serta terdapat logo ikonik Leica, menjadikan ia lebih menyerlah berbanding model standard.

Lebih menarik, edisi terhad ini turut dilengkapi dengan Leica Camera Ring yang membolehkan pengguna mengawal zum atau mengubah focal length secara manual. Terdapat juga mod rakaman tambahan seperti Leica M3 Sytle dan Leica M9 Style untuk memberi pengalaman seperti kamera Leica.

Untuk spesifikasi dalaman, ia berkongsi spesfisikasi yang sama seperti model standard, menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, RAM sehingga 16GB LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.1, bateri 6800mAh dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3.0.

Untuk pasaran China, Xiaomi 17 Ultra Leica Edition ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 16GB + 512GB dengan harga CNY7999 (RM4612) dan 16GB + 512GB dengan harga CNY8999 (RM5188).