CEO Nothing iaitu Carl Pei mengesahkan syarikat tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan Phone (4) pada tahun ini (2026).

Carl Pei melalui saluran YouTube Nothing, menyatakan tiada fon andalan baru yang akan diperkenalkan untuk tahun 2026. Bermaksud, Phone (3) akan kekal menjadi fon andalan buat masa sekarang. Selain itu, Nothing tidak merancang untuk mengeluarkan fon andalan setiap tahun sebaliknya ia akan diperkenalkan secara berkala.
Walaupun tiada fon andalan baru, Nothing bakal memperkenalkan Phone (4a) tidak lama lagi. Menurut Carl Pei, model (a) seterusnya bukan sekadar telefon kelas pertengahan biasa, tetapi direka untuk memberikan pengalaman setanding peranti andalan.
Phone (4a) dijangka akan membawakan peningkatan yang ketara berbanding model sebelumnya Phone (3a).