Close

HONOR Robot Phone diperlihatkan – Evolusi fon masa depan

Di acara Mobile World Congress 2026, HONOR telah memperlihatkan kemampuan teknologi mereka dengan memperkenalkan Robot Phone.

Robot Phone merupakan sebuah konsep fon yang mengabungkan kecerdasan buatan (AI) dan juga gimbal mekanikal. Peranti ini dilengkapi dengan sistem gimbal 4DoF kompak yang boleh berpusing dan menoleh ke pelbagai sudut secara bebas.

Sistem gimbal tersebut menggunakan motor mikro yang dibangunkan sendiri oleh HONOR. Saiz motor mikro yang digunakan adalah 70% lebih kecil berbanding kebanyakan motor dalam industri. Selain itu, seni bina mekanikal ini menyokong sistem penstabilan gimbal tiga paksi, lengkap dengan teknologi pengesanan masa nyata untuk rakaman video yang stabil.

Menggunakan sensor 200MP yang menjanjikan hasil imej dan video yang baik dan terperinci. Turut menyokong beberapa mod untuk rakaman video seperti mod Super Steady Video, AI Object Tracking dan AI Spinshot.

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan ciri AI yang menarik seperti All-angle AI video call yang membolehkan panggilan video dijawab dari pelbagai sudut. Lebih menarik, peranti ini menyokong ciri emotional body language dan mampu menarik mengikut rentak lagu.

Menurut HONOR, Robot Phone adalah permulaan kepada evolusi baru telefon pintar. Peranti ini digambarkan sebagai ‘Spesis baru’ dalam dunia mudah alih dan berpotensi untuk diperluaskan pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN