Nothing memperkenalkan barisan baru siri ‘a’ mereka iaitu Phone (4a) dan (4a) Pro. Kedua-dua peranti hadir dengan pelbagai peningkatan menarik merangkumi spesifikasi dan juga rekaan.

Nothing Phone (4a) Pro hadir dengan perubahan rekaan yang ketara tiada lagi rekaan lut sinar sepenuhnya. Sebaliknya, hanya kawasan bonggol kamera sahaja yang menggunakan rekaan lut sinar. Nothing turut menggantikan sistem LED Glyph kepada Glyph Matrix yang digunakan pada Phone (3).

Dari segi spesifikasi, Phone (4a) Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 144Hz serta keceraha puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony Lytia 700C + 50MP Telefoto dengan 3.5x zum optik dan 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Kamera utama peranti ini mampu merakan pada resolusi 4K 30fps Ultra XDR. Dimuatkan dengan bateri 5080mAh yang menyokong pengecasan 50W.

Manakala untuk Phone (4a), ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 120Hz serta kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Phone (4a) hadir dengan sistem Glyph Bar menggantikan sistem LED Glyph yang digunakan pada Phone (3a). Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan 32MP.
Dimuatkan dengan bateri 5080mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W. Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16. Nothing menjanjikan kemas kini 3 tahun untuk Android dan enam tahun untuk keselamatan.
Untuk pilihan warna, Phone (4a) Pro hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Silver dan Pink. Sementara Phone (4a) hadir dengan empat pilihan warna Black, White, Blue dan Pink. Harga jualan dan ketersediaan peranti ini akan diumumkan pada 1 April 2026.