vivo Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu V70 FE pada 9 April 2026.

vivo telahpun berkongsi maklumat penuh mengenai peranti ini melalui laman web rasmi mereka. Memperlihatkan peranti ini hadir dengan rekaan sisi jenis berkotak dan menggunakan rekaan skrin jenis rata. Menggunakan kemasan yang unik dan menarik pada panel belakang dengan pilihan warna Ungu.

Untuk spesifikasi, vivo V70 FE hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7360-Turbo yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh ynag menyokong pengecasan pantas 90W. Peranti ini menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68/IP69, Bluetooh 5.4 dan IR Blaster.