Samsung berkemungkinan akan melakukan perubahan pada siri andalan mereka yang seterusnya.
Menurut laporan, Samsung mungkin akan memperkenalkan model baru iaitu ‘Pro’ pada siri Galaxy S27 yang akan tiba pada tahun depan. Sekiranya laporan ini tepat, siri Galaxy S27 akan tiba dengan empat pilihan model berbanding tiga pada generasi sebelumnya.

Model yang akan dijangka akan diperkenalkan adalah Galaxy S27, Galaxy S27+, Galaxy S27 Pro dan Galaxy S27 Ultra. Menariknya, Galaxy S27 Pro akan berkongsi beberapa spesifikasi utama dari Galaxy S27 Ultra. Bermaksud, Galaxy S27 Pro akan ditawarkan dengan spesifikasi setaraf model Ultra, namun tanpa sokongan S Pen.
Galaxy S27 Pro bukan pengganti kepada model ‘Plus’ atau ‘Ultra’ sebaliknya adalah penambahan strategik bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan dalam segmen kelas andalan.
Walau bagaimanapun, laporan ini masih lagi diperingkat awal mungkin akan menjadi kenyataan atau sebaliknya. Namum, sekiranya laporan ini tepat ia bakal menjadi salah satu perubahan besar dalam siri Galaxy S.