HONOR Malaysia secara rasmi memperlihatkan rekaan siri 600, sekaligus mengesahkan ketibaan peranti tidak lama lagi.

Siri HONOR 600 hadir dengan rekaan yang lebih menonjol dengan modul kamera mirip seperti iPhone 17 Pro. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan dua sensor berbentuk bulat dan satu berbentuk bujur.
Walau bagaimanapun, untuk model HONOR 600 ia hanya dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang. Kamera telefoto pada HONOR 600 mempunyai penarafan penstabilan imej profesional CIPA 6.5 dan dilengkapi dengan sistem pengimejan baru iaitu AI Color Engine
Menariknya, Malaysia akan menjadi negara pertama yang akan menawarkan peranti ini secara global. Buat masa ini, HONOR belum lagi mendedahkan tarikh ketibaan peranti ini di Malaysia.