Netflix dilaporkan telah membuang 6% pekerja mereka di seluruh dunia, bersamaan sekitar 1000 daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja syarikat tersebut.
Kali terakhir pemberhentian pekerja berskala besar ini dibuat adalah pada 2022. Pengurangan tenaga kerja ini melibatkan bahagian teknologi, perundangan dan juga sumber manusia.

Netflix dikatakan terpaksa mengambil pendekatan ini selepas berdepan dengan pertumbuhan perniagaan dan penglibatan pengguna yang semakin perlahan. Keadaan ini menunjukkan bahawa walaupun Netflix masih mampu mengekalkan pelanggan dengan baik berbanding pesaing dalam industri, syarikat tersebut tetap berdepan tekanan untuk mengekalkan penglibatan pengguna dan pertumbuhan perniagaan.
Walau bagaimanapun, Netflix bukan satu-satunya syarikat penstriman dan teknologi yang mengambil langkah mengurangkan tenaga kerja. Disney dan Amazon juga dilaporkan telah mengurangkan jumlah pekerja masing-masing sejak beberapa bulan kebelakangan ini.