vivo akhirnya mengesahkan ketibaan siri X500 ke pasaran tempatan yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober 2026.

Siri vivo X500 dijangka membawa peningkatan menarik merangkumi spesifikasi dan kemampuan kamera yang lebih baik. Malangya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh vivo Malaysia. Namun, jika merujuk kepada spesifikasi untuk pasaran China, siri vivo X500 akan dikuasakan dengan cip Dimensity 9600 Pro, kamera 200MP Zeiss, bateri 7800mAh dan paparan 144Hz.

Seiring dengan ketibaannya, pra-tempahan awal peranti telah dibuka menawarkan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM4700. Antara tawaran menarik termasuk rebat sehingga RM1000, keistimewaan ahli vivo Store bernilai sehingga RM2460 apabila anda log masuk serta rebat tambahan RM150 melalui SPayLater.

Lebih menarik, setiap pembelian berpeluang untuk memenangi tiket ke persembahan Jay Chou “Carnival II” World Tour 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari laman web rasmi vivo Malaysia.