Close

Individu sebenar disebalik suara ‘Siri’ pada peranti Apple

Jika anda masih tertanya-tanya siapa sebenarnya individu disebalik suara Siri pada mana-mana peranti Apple, adakah beliau memang dicipta dari suara robot atau manusia? Jawapannya, ia telah direkodkan oleh suara manusia iaitu Susan Bennett yang kini telahpun berusia 70 tahun.

Menurut beliau, rakaman suara untuk Siri telah direkodkan selama 4 jam sehari selama 1 bulan pada bulan Julai 2005. Masa itu iPhone masih belum diperkenalkan lagi.
Buat pengetahuan anda juga, Susan adalah seorang artis suara. Bahkan, suara beliau juga banyak digunakan oleh iklan, mesin, bank, lapangan terbang dan pelbagai lagi. Tak hairanlah suara beliau begitu komersial dan digunakan oleh Apple buat pembantu maya mereka iaitu Siri.

ARTIKEL BERKAITAN