Acara pelacaran untuk Samsung Galaxy S25 Edge yang dijadualkan pada April ini telah ditangguhkan.

Samsung dilaporkan telah menangguhkan pelancaran Galaxy S25 Edge yang dijadualkan pada April ini. Tiada maklumat yang dikongsi mengenai sebab penangguhan acara tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat laporan baru mendedahkan peranti tersebut akan diperkenalkan sekitar Mei ini.
Malangnya, tiada sebarang tarikh yang dikongsi buat masa ini. Selain itu, acara pelancaran untuk peranti ini mungkin hanya dibuat secara dalam talian bermaksud tiada acara pelancaran fizikal yang akan dilakukan.

Galaxy S25 Edge akan hadir dengan rekaan yang premium dan nipis. Peranti ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 200MP dan menyokong pengecasan berwayar 25W.