realme Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran siri realme 14 pada 15 April ini. Seiring dengan itu, realme telah membuka pra-tempahan untuk siri realme 14.

siri realme 14 boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 14 April 2025 dengan deposit hanya RM20 sahaja. Untuk pra-tempahan realme 14, pengguna akan menerima hadiah bernilai RM826 yang merangkumi realme buds T01, rebat RM100, monopod, jaminan tambahan setahun dan jaminan skrin.

Manakala untuk pra-tempahan realme 14 Pro, pengguna akan menerima hadiah bernilai RM1060 yang merangkumi realme buds T01, monopod, rebat RM100, jaminan tambahan setahun dan jaminan bateri selama 4 tahun.
Untuk spesifikasi, realme 14 akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 6 Gen 4, skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dan bateri 6000mAh. Manakala, realme 14 Pro, ia dikuasakan dengan cip Dimensity 7300 Energy, skrin OLED 6.67-inci dan bateri 6000mAh.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan. Maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.