Close

CMF Phone 2 Pro akan tiba pada 28 April ini

Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu Phone 2 Pro pada 28 April ini.

Perkara tersebut dikongsi melalui media sosial rasmi CMF. Selain itu, CMF akan turut memperkenalkan 3 TWS baru iaitu Buds 2, Buds 2a dan juga Buds 2 Plus.

CMF turut mendedahkan yang Phone 2 Pro akan hadir dengan kemasan baru yang lebih baik dan lebih menarik berbanding model sebelumnya. Jadi kita mungkin boleh menjangkakan yang Phone 2 Pro hadir dengan rekaan dan kemasan yang berbeza dan lebih premium.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada peranti ini. Namun begitu, terdapat laporan mendedahkan yang Phone 2 Pro ini akan dijana dengan cip Dimensity 7400, bateri 5000mAh dan pengecasan 33W.

ARTIKEL BERKAITAN