Acer kembali ke arena telefon pintar dengan memperkenalkan 2 model baru iaitu Super ZX dan Super ZX Pro. Kedua-dua peranti ini dihasilkan oleh Indikal Technologies di India di bawah lesen rasmi jenama Acer.

Untuk spesifikasi, Acer Super ZX Pro hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 5MP Ultra Lebar + 2MP Kedalaman dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Manakala untuk Acer Super ZX, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 64MP + 2MP Makro + 2MP dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi berasaskan Android 15.
Di India, Acer Super ZX dijual pada harga bermula sekitar INR9999 (RM571) dan Acer Super ZX Pro pula adalah bermula sekitar INR17,999 (RM1025).