Samsung mungkin tidak akan memperkenalkan model Plus dalam siri Galaxy S26 yang akan diperkenalkan pada tahun depan.
Menurut laporan, Samsung berkemungkinan akan memperkenalkan Galaxy S26 Edge sebagai pengganti kepada model Plus. Perubahan ini mungkin disebabkan oleh prestasi jualan yang kurang memberangsangkan untuk model Plus sejak kebelakangan ini.
Dalam siri Galaxy S25, model Plus mencatatkan penghantaran paling rendah iaitu 6.7 juta unit berbanding 13.6 juta untuk model biasa dan 17.4 juta untuk model Ultra. Berikutan dari itu, Samsung merancang untuk menggantikan tersebut.

Namun begitu, keputusan tersebut bergantung kepada prestasi jualan untuk Galaxy S25 Edge. Sekiranya, prestasi jualan model tersebut tidak memberangsangkan model Plus mungkin akan dikekalkan dalam siri Galaxy S26.