Close

RedMagic 10S Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3999

nubia secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan iaitu RedMagic 10S Pro RedMagic Nova. Hadir dengan spesifikasi yang berkuasa sesuai dengan penawarannya yang memfokuskan kepada permainan.

RedMagic 10S Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Leading Edition dan cip RedCore R3 Pro yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 2MP Kedalaman dan swafoto 16MP. Untuk kapasiti bateri, RedMagic 10S Pro dimuatkan dengan bateri 7050mAh dengan pengecasan 80W.

RedMagic 10S Pro ini menyokong emulator Windows PC secara terbina yang membolehkan ia menjalankan platform Steam dan Epic Games. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah lampu RGB pada bahagian belakang, butang Magic Key, pembesar suara jenis stereo, bicu audio 3.5mm dan sistem penyejukan ICE-X Cooling System.

Di Malaysia, RedMagic 10S Pro dijual pada harga bermula RM3999 untuk 12GB + 256GB, RM4899 untuk 16GB + 512GB dan RM5999 untuk 24GB + 1TB. Ditawarkan 3 pilihan warna iaitu NightfallMoonlight, dan Dusk.

Bersempena dengan ketibaannya, RedMagic 10S Pro ditawarkan pada harga diskaun RM1000 dengan hadiah percuma yang tersedia dari 24 Jun hingga 17 Julai 2025 menerusi Shopee, Lazada, TikTok Shop dan laman rasmi REDMAGIC.

ARTIKEL BERKAITAN