Close

OPPO A5i Pro tiba di Malaysia dengan harga RM799

OPPO secara rasmi membawakan satu lagi peranti ke pasaran tempatan melalui model A5i Pro. Hadir dengan spesifikasi menarik dan ditawarkan pada harga yang mampu milik.

OPPO A5i Pro hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.67-inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s 4G Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Menjalankan sistem operasi ColorOS 15 berasaskan Android 15. Spesifikasi lain yang turut tersedia seperti penarafan IP65, military-grade shock resistance, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, bicu audio 3.5mm dan juga WiFi 5.

Di Malaysia, OPPO A5i dijual pada harga RM799 dan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Breeze Blue dan Midnight Purple.

ARTIKEL BERKAITAN