realme mencipta sejarah baru selepas memperkenalkan dua fon konsep baru iaitu dengan realme 15,000mAh dan realme chill fan phone. Kedua-dua peranti tersebut diumumkan pada acara realme 828 Festival Fans.

Untuk realme 15,000mAh, ia hadir dengan teknologi bateri anode silikon 100% dengan 4x lebih tinggi berbanding bateri konvensional Si-C. Mempunyai ketumpatan tenaga mencecah 1200 Wh/L, membolehkan bateri lebih padat dihasilkan tanpa meningkatkan ketebalan. Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang besar, ketebalan peranti ini hanya sekitar 8.89mm sahaja.

realme mendakwa, peranti ini mampu menawarkan ketahanan bateri sehingga 50 jam menonton video, 18 jam rakaman video dan 30 jam bermain permainan. Turut menyokong fungsi pengecasan berbalik yang membolehkan ia digunakan sebagai power bank.
Malangnya, realme tidak mendedahkan teknologi pengecasan yang disokong oleh peranti ini. Dari segi keselamatan, teknologi ini menyokong pelbagai sistem perlindungan seperti kawalan suhu, perlindungan litar pintas dan juga perlindungan pengecasan berlebihan.

Untuk realme fan chill phone, ia dilengkapi dengan sistem penyejukan mirip seperti konsep penyaman udara yang dipanggil sebagai AC-Inspired Cooling Sytem. Secara asasnya, peranti ini dilengkapi dengan tiga sistem penyejukan untuk mengoptimumkan peranti.
Pertama, ia hadir dengan vapor chamber 7700mm² untuk penyebaran haba lebih luas. Kedua, dilengkapi dengan kipas terbina untuk aliran udara tambahan dan ketiga ia mempunyai teknologi Thermoelectric Cooler (TEC), teknologi penyejukan yang digunakan pada kebanyakkan peranti penyejukan peringkat industri.
Say hello to the realme Chill Fan Phone, the world’s first “AC” phone! Game cooler with up to 6°C reduction in core temperature, and the AC feature works just like a regular air conditioner—you can turn it on and off as you please.
— realme Global (@realmeglobal) August 25, 2025
Free to be real, free to be chilled! pic.twitter.com/Qip4OeXK1o
Menurut realme, melalui sistem ini ia mampu menurunkan suhu sehingga 6°C yang sesuai untuk tugas berat berpanjangan seperti bermain permainan. Panel belakang peranti ini menggunakan IseSense Ultra yang akan berubah warna dari putih ke biru apabila sistem penyejukan diaktifkan.
Kedua-dua peranti ini adalah fon konsep, bertujuan untuk mempamerkan kemampuan pasukan realme dalam pembangunan teknologi bateri dan sistem penyejukan.