iQOO dijangka akan turut memperkenalkan fon versi kompak untuk siri iQOO 15 dengan nama mini.
Menurut laporan, iQOO 15 mini telahpun dibangunkan dan dijangka akan tiba sekitar tahun depan. Model ini akan menjadi pelengkap kepada pada model seterusnya iaitu iQOO 15 dan iQOO 15 Ultra.

Laporan awal mendedahkan, iQOO 15 mini akan dilengkapi dengan skrin jenis rata bersaiz 6.3-inci dan menyokong pengimbas cap jari ultrasonik. Tampil dengan rekaan kompak dengan kapasiti bateri berkemungkinan sekitar 7000mAh ke bawah.
Dengan pelancaranya sekitar tahun hadapan, peranti ini dijangka akan menjadi pesaing kepada model OnePlus 15T/15s. Ketika ini, OnePlus sedia menawarkan model mini melalui OnePlus 13T/13s yang memfokuskan pengguna yang menyukai rekaan kompak dengan ciri peranti andalan.