Close

vivo X300 akan dilengkapi dengan kamera 200MP dan pengimbas cap jari ultrasonik

vivo X300 dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Seiring dengan itu, vivo telahpun berkongsi beberapa maklumat awal mengenai peranti tersebut.

Menurut vivo, X300 akan dilengkapi dengan skrin LTPO bersaiz 6.31-inci dengan bezel yang lebih nipis dan menyokong paparan 120Hz. Menariknya, vivo membandingkan X300 dengan X200 Pro mini sekaligus memberikan gambaran model tersebut berkemungkinan akan menjadi pengganti kepada X200 Pro mini.

X300 akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP Zeiss pada bahagian belakang dan menggunakan sensor 50MP Ziess untuk kamera swafoto. Peranti ini akan menyokong pengimbas cap jari ultrasonik, 20% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Siri vivo X300 dijangka akan dikuasakan dengan cip terbaru MediaTek iaitu Dimensity 9500. Menurut laporan lain, siri vivo X300 berkemungkinan akan diperkenalkan pada 13 Oktober 2025.

ARTIKEL BERKAITAN