Close

Infinix XPAD 20 Pro tiba di Malaysia dengan harga RM999

Infinix XPAD 20 Pro tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, hadir dengan peningkatan yang lebih baik berbanding XPAD 20 yang diperkenalkan sekitar Julai yang lalu.

XPAD 20 Pro hadir dengan skrin 12-inci dengan resolusi 2K dan menyokong paparan 90Hz. Skrin peranti ini turut menyokong pensijilan TÜV Rheinland untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih baik. Tablet ini hanya setebal 6.58mm dengan berat sekitar 545 gram sahaja.

Dikuasakan dengan cip Helio G100 Ultimate yang dipadankan dengan 8GB RAM dn storan dalaman 256GB. Bateri 8000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 18W melalui USB-C. Tablet ini turut menyokong sambungan rangkaian 4G dan juga WiFi.

Tablet ini turut hadir dengan pelbagai ciri AI seperti AI Homework Solver, Image-to-Doc conversion, AI Writing, AI Art dan pembantu suara Folax. Ciri ini membantu pengguna untuk meningkatkan produktiviti sesuai untuk pelajar atau profesional.

XPAD 20 Pro dijual pada harga RM999 untuk 8GB + 256GB, setiap pembelian akan menerima XPAD 20 Pro Keyboard & X Pencil 20 bernilai RM599, selagi stok masih ada. Peranti ini boleh dibeli secara atas talian melalui Infinix Official Store.

ARTIKEL BERKAITAN