Close

nubia Air akan tiba di Malaysia pada 17 Oktober ini

nubia Air bakal menjadi peranti terbaru dari Nubia yang akan ditawarkan ke pasaran tempatan pada 17 Oktober ini.

nubia Air merupakan peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan juga ringan. Peranti ini dijangka hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T8300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

nubia Air akan dilengkapi dengan kamera utama 50MP pada bahagian belakang dan 20MP pada bahagian depan. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP68, IP69 dan IP69K.

Buat masa ini, tiada butiran rasmi yang dikongsi mengenai harga jualan dan juga ketersediaan peranti ini. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN