Close

Redmi K90 Pro Max akan hadir dengan sistem audio Bose

Peranti andalan paling premium dari Redmi iaitu K90 Pro Max dijangka akan dilengkapi dengan sistem audio dari Bose.

Menurut laporan, K90 Pro Max akan dimuatkan dengan sistem audio dari Bose dengan penambahan pembesar suara khusus sebagai subwoofer untuk pengalaman audio yang lebih terperinci dan lebih mendalam. Subwoofer tersebut akan diletakkan di bahagian modul kamera dan terdapat perkataan ‘Sound by Bose’.

Redmi K90 Pro Max akan menjadi fon pertama yang dilengkapi dengan sistem audio 2.1 channel dengan subwoofer Bose terbina. Secara keseluruhan, peranti ini akan dilengkapi dengan tiga sistem pembesar suara dengan satu subwoofer dan dua pembesar suara.

Selain sistem audio, K90 Pro Max ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 7650mAh dan dilengkapi dengan sistem kamera yang lebih baik. Dari segi kemasan, peranti ini akan ditawarkan dengan panel belakang yang dihasilkan dari kain jeans.

Redmi telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk siri Redmi K90 pada 23 Oktober ini di China. Untuk pasaran global, siri ini mungkin akan dijenamakan sebagaisiri POCO F8.

ARTIKEL BERKAITAN