Nvidia mengumumkan perlaburan bernilai $1 billion dalam Nokia untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur AI radio access network (AI-RAN) yang akan digunakan dalam rangkaian 6G.
Dengan pelaburan ini, Nvidia kini memiliki pegangan saham sekitar 2.9% dalam syarikat telekomunikasi tersebut. Merupakan pelan startegik untuk pembangunan AI-RAN dan 6G serta penyelesaian rangkaian untuk AI dan Cloud.

Selain itu, kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam mengintegrasikan teknologi pusat data ke dalam infrastruktur AI untuk Nvidia. T-Mobile U.S. akan turut bekerjasama bagi menguji teknologi AI-RAN sebagai sebahagian daripada pembangunan 6G.
Ujian untuk menilai peningkatan prestasi dan kecekapan untuk pengguna dijangka akan bermula pada tahun hadapan. Kerjasama dan pelaburan ini dijangka menjadi pemangkin utama pembangunan 6G dan rangkaian berasaskan AI, yang bakal membentuk masa depan komunikasi global.