Close

Rekaan siri HONOR 500 tertiris – Guna modul kamera mirip iPhone Air

Siri HONOR 500 mungkin hadir dengan rekaan serba baru yang lebih moden jika merujuk kepada lakaran yang tertiris.

Melalui lakaran yang tertiris, mempelihatkan HONOR 500 tampil dengan rekaan modul kamera jenis mendatar. Rekaan modul kamera baru ini mirip seperti pada iPhone Air dan juga Google Pixel.

Rekaan hadapan turut ditambah baik, menggunakan rekaan skrin jenis rata dengan sudut bucu jenis bulat. Rekaan baru ini dijangka akan memberi cengkaman yang lebih baik dan lebih selesa. HONOR 500 dan 500 Pro akan berkongsi rekaan yang sama cuma dibezakan dengan konfigurasi kamera iaitu tiga untuk Pro dan dua untuk model standard.

Selain rekaan, siri HONOR 500 akan turut menerima peningkatan dari segi prestasi, kemampuan kamera dan juga ciri AI yang lebih menarik. Siri HONOR 500 dijangka akan diumumkan pada Disember ini di China dan akan memasuki pasaran global pada suku pertama 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN