Close

nubia Z80 Ultra tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3699

Peranti andalan dari nubia iaitu Z80 Ultra secara rasmi tiba ke pasaran tempatan, merupakan peranti terawal dan pertama di Malaysia yang hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

nubia Z80 Ultra hadir dengan skrin AMOLED BOE X10 bersaiz 6.85-inci dengan paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 64MP Telefoto dengan 3x zum optik dan swafoto 16MP yang diletakkan di bawah skrin. Dimuatkan dengan bateri 7200mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar dan 80W tanpa wayar.

nubia Z80 Ultra menyokong butang kamera dengan teknologi dual-stage physical button yang boleh diguna untuk mengambil gambar, fokus dan lain-lain. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti WiFi 7, Bluetooth 6.0, penarafan IP68 + IP69, pengimbas cap jari ultrasonik, sistem penyejukkan dan pembesar suara jenis stereo.

Di Malaysia, nubia Z80 Ultra dijual pada harga RM3699 untuk 16GB + 512GB dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli melalui kedai rasmi atas talian nubia atau Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN