Nothing Phone (3a) Lite kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, merupakan peranti kelas permulaan pertama dari Nothing. ]Hadir dengan rekaan ikonik Nothing dan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Phone (3a) Lite tampil dengan rekaan panel belakang lut sinar dan satu lampu LED Glyph yang digunakan sebagai lampu notifikasi. Menggunakan skrin AMOLED 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300 Pro yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 16MP.

Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti pengimbas cap jari, penarafan IP54, NFC dan menjalankan sistem operasi Nothing OS 3.5. Selain itu, Nothing menjanjikan kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Phone (3a) Lite ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih, dijual pada harga RM1199 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 22 November dan jualan pertama pula bermula 29 November 2025.