HUAWEI mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu siri Mate 80 dan Mate X7 pada 25 November ini di China.

Untuk siri Mate 80, ia dijangka hadir dengan rekaan yang sama dengan rekaan modul kamera jenis bulat. Terdapat perubahan pada bahagian panel belakang yang mempunyai rekaan gelung pengecasan tanpa wayar.

Empat model dijangka akan diperkenalkan oleh HUAWEI iaitu Mate 80, Mate 80 Pro, Mate 80 Pro Max dan Mate 80 RS Ultimate Design. Manakala untuk HUAWEI Mate X7, merupakan pengganti kepada model sebelumnya iaitu Mate X6. Tiada maklumat atau rekaan yang rasmi yang dikongsi oleh HUAWEI buat masa ini.
Kedua-dua model ini dijangka akan turut tiba ke pasaran tempatan. Namun begitu, belum ada sebarang maklumat yang dikongsi oleh HUAWEI Malaysia buat masa ini.