OPPO secara memperkenalkan Reno15 dan Reno15 Pro di China. Kedua-dua model ini hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dengan sistem kamera yang lebih baik.

Untuk Reno15 Pro, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8450 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Kamera ini turut menawarkan kemampuan zum optik 3.5x dan 120x zum digital. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Manakala untuk Reno15, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.32-inci dengan resolusi 2640×1216 dan menyokong paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Dimensity 8450 yang digabungkan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 3.1.

Turut menggunakan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 6200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.
Selain itu, kedua-dua peranti ini menyokong penarafan IP66/IP68/IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan ColorOS 16 yang berasaskan kepada Android 16.

Di China, Reno15 dijual pada harga bermula sekitar CNY2999 (RM1755) manakala untuk Reno15 Pro ia dijual pada harga bermula sekitar CNY3699 (RM2165).