Close

HONOR Magic8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM4599

HONOR Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti andalan baru mereka iaitu Magic8 Pro. Hadir dengan pakej yang lebih menarik merangkumi spesifikasi, fungsi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.

HONOR Magic8 Pro dilengkapi dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.71-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 6000 nits untuk HDR. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dengan 3x zum optik dan 100x zum digital. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 50MP yang dipadan dengan sensor 3D deep sensing. Dimuatkan dengan bateri 7100mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68/IP69/IP69K, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, IR Blaster dan menjalankan MagicOS 10 yang berasaskan kepada Android 16. Peranti ini turut hadir dengan butang tambahan untuk akses pantas kamera dan AI.

Di Malaysia, HONOR Magic8 Pro dijual pada harga bermula RM4599 untuk 12GB + 512GB dan RM5199 untuk 16GB + 1TB. Bagi yang berminat, peranti boleh dipra-tempah bermula 27 November hingga 4 Disember 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM3090 yang merangkumi insta360Ace Pro, rebat RM300 dan juga langganan Google AI Pro selama tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN