Close

Google Pixel 10a tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2299

Model terbaru dari Google iaitu Pixel 10a kini tiba ke pasaran tempatan. Membawakan beberapa peningkatan yang lebih baik namun kekal dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya.

Pixel 10a hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.3-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak yang lebih tinggi 3000 nits. Untuk prestasi, peranti ini dikuasakan dengan cip Tensor G4 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 13MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5100mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W berwayar dan 10W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68, NFC dan menjalankan sistem operasi Android 16. Pixel 10a turut menyokong kemas kini sehingga 7 tahun untuk Android dan keselamatan.

Pixel 10a ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Fog, Obsidian, Berry dan Lavender. Untuk pasaran tempatan, peranti ini akan dijual pada harga RM2299 untuk 128GB dan RM2799 untuk 256GB, boleh mula dibeli bermula 5 Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN