Panasonic secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat dari China iaitu Skyworth, dalam usaha menyusun semula operasi perniagaan TV global mereka.
Melalui kerjasama ini, Skyworth akan mengambil alih tanggungjawab pengeluaran, jualan, pemasaran dan logistik bagi jenama TV Panasonic. Walau bagaimanapun, Panasonic akan terus memainkan peranan penting dalam aspek kepakaran teknikal dan kawalan kualiti.

Menurut Panasonic, pembangunan bersama akan diteruskan khusus untuk model OLED kelas atasan. Bermaksud, walaupun proses pembuatkan akan dikendalikan oleh Skyworth namun untuk jualan ia kekal menggunakan jenama Panasonic.
Langkah ini dilihat sebagai strategi penstrukturan semula bagi memastikan jenama Panasonic kekal relevan dalam pasaran yang semakin kompetitif. Kerjasama Panasonic dan Skyworth ini muncul selepas kerjasama strategik antara Sony dan TCL yang diumumkan pada Januari lalu.
Ketika ini, beberapa jenama Jepun lain seperti Sharp Corporation, Toshiba dan Pioneer Corporation telahpun mengurangkan atau menamatkan penglibatan mereka dalam pasaran TV.