Close

HUAWEI Pura 90s Pro dan 90s Pro Max kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3999

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Pura 90s Pro dan 90s Pro Max. Kedua-dua model ini tampil dengan pelbagai peningkatan menarik merangkumi spesifikasi dan juga rekaan.

HUAWEI Pura 90s Pro Max merupakan model paling premium dalam siri ini, hadir dengan skrin LTPO OLED jenis rata bersaiz 6.9-inci dengan paparan 120Hz dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua. Dikuasakan dengan cip Kirin 9030S yang dipadankan dengan 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP 1-inci RYYB + 200MP Telefoto RYYB OIS + 40MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Untuk HUAWEI Pura 90s Pro, ia hadir dengan skrin LTPO OLED jenis rata bersaiz 6.6-inci dengan paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Kirin 9030S yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50M + 12.5MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 13MP.

Turut dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 6000mAh serta menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar. Untuk spesifikasi lain, siri Pura 90s ini menyokong penarafan IP68/IP69, Bluetooth 6.0, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi EMUI 16 berasaskan Android 16.

Di Malaysia, Pura 90s Pro ditawarkan pada harga bermula RM3999 manakala untuk Pura 90s Pro Max pula ia dijual pada harga RM4999. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dipra-tempah dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM3076.

ARTIKEL BERKAITAN