Close

Google Pixel 11 dijangka tiba dengan tiga pilihan warna

Menjelang pelancaran Google Pixel 11 pada 12 Ogos ini, terdapat beberapa maklumat mengenai peranti tersebut telah tertiris.

Merujuk maklumat yang tertiris, Google Pixel 11 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna yang diperolehi melalui penyenaraian awal di Amazon. Penyenaraian tersebut dikatakan sebagai halaman sementara atau draf yang disediakan lebih awal oleh Amazon sebagai persediaan sebelum pelancaran rasmi.

Google Pixel 11 akan tersedia dalam tiga piihan warna iaitu Obsidian, Hibiscus dan Pistachio merujuk kepada penyenaraian. Walau bagaimanapun, pada bahagian penerangan produk, warna tersebut disenaraikan sebagai Midnight, Fuchsia dan Moss, iaitu nama yang sama dengan maklumat sebelum ini.

Dari segi rekaan, Google Pixel 11 masih mengekalkan identiti siri Pixel dengan modul kamera belakang berbentuk visor yang merupakan rekaan ikonik Google. Untuk spesifikasi, Pixel 11 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci, 12GB RAM dan bateri 4985mAh.

Siri Pixel 11 akan dikuasakan dengan cip Tensor G6 dengan teknologi binaan 2nm dari TSMC, berpotensi menjadi fon pertama di dunia yang menggunakan teknologi tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN