Close

Samsung memperkenalkan teknologi ‘Flex Titanium’

Menjelang acara pelancaran Galaxy Unpacked pada 22 Julai ini, Samsung secara rasmi memperkenalkan teknologi skrin baru yang dipanggil sebagai Flex Titanium, yang akan digunakan pada siri Galaxy Z Fold8.

Menurut Samsung, teknologi ini direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dengan meningkatkan ketahanan serta mengurangkan kesan lipatan (crease) pada skrin dalaman. Flex Titanium menggunakan lapisan aloi titanium yang diletakkan di bawah panel OLED menggantikan lapisan plastik yang digunakan sebelum ini.

Samsung menyatakan bahan tersebut menpunyai tahap kekerasan mekanikal yang tinggi iaitu sehingga 20 kali ganda berbanding polimer. Ketebalan bahan ini adalah 30% saiz sehelai rambut manusia membolehkan peranti lebih nipis dihasilkan.

Selain itu, Samsung turut menggunakan plat titanium yang diletakkan di bawah modul skrin sebagai struktur sokongan. Rekaan ini mengurangkan ruang udara pada modul sekali gus memberikan sokongan yang lebih kukuh ketika peranti dibuka dan dilipat berulang kali.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN