Close

OPPO Pad Mini turut tiba di Malaysia dengan harga RM3699

Selain siri Find X10, OPPO Malaysia turut memperkenalkan tablet mereka iaitu OPPO Pad Mini, Tampil dengan rekaan yang kompak serta spesifikasi yang berkuasa.

OPPO Pad Mini hanya setebal 5.46mm dengan berat hanya 282gram. Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 8.8-inci dengan resolusi 2.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP yang menyokong rakaman sehingga 4K 30 fps. Manakala untuk swafoto, ia menggunakan sensor 8MP yang menyokong rakaman sehingga 1080p 30fps. Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan 67W.

Untuk spesifikasi lain, ia menyokong WiFi 7, Bluetooth 6.0, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16.0 berasaskan Android 16.

Di Malaysia, OPPO Pad Mini dijual pada harga RM3699 dan ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Lavender Purple.

ARTIKEL BERKAITAN