Close

WhatsApp kini membolehkan pengguna mengubah mesej selepas dihantar

WhatsApp kini sedia untuk menawarkan fungsi baharu pada aplikasi mereka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Melalui fungsi baharu ini, pengguna kini boleh mengubah (Edit) mesej yang telah dihantar kepada pengguna.

Untuk mula menggunakan fungsi ini, pengguna perlu tap pada mesej yang ingin diubah, kemudian pilih “Edit”. Selepas selesai proses tersebut, WhatsApp akan memaparkan tanda “Edited” yang menunjukan mesej tersebut telahpun diubah. Tanda tersebut memudahkan pengguna lain mengetahui mesej tersebut telah diedit.

 Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya boleh digunakan selepas 15 minit mesej dihantar dan pengguna tidak dapat melihat mesej asal sebelum diubah. Fungsi ini dilihat memudahkan pengguna sekiranya terdapat kesilapan pada mesej yang dihantar tanpa perlu memadam atau menghantar mesej pembetulan.

WhatsApp menyatakan yang fungsi ini telahpun dilepaskan secara global untuk semua pengguna dan akan tersedia secara berperingkat kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN