Close

JD Sports digodam – Lebih 10 juta data pelanggan terjejas

JD Sports memaklumkan yang syarikat mereka telah digodam dan menjejaskan lebih dari 10 juta data pelanggan mereka.

Data yang digodam melibatkan beberapa pesanan dalam talian yang dibuat antara November 2018 dan Oktober 2020. Antara maklumat yang terjejas adalah seperti nama, alamat penghantaran, e-mel, nombor telefon, butiran pesanan dan empat digit terakhir kad pembayaran.

Berikutan dari itu, JD Sports telah mengambil beberapa langkah segera untuk menyiasat dan bertindak balas terhadap insiden tersebut, termasuk bekerjasma dengan pakar keselamatan siber terkemuka.

JD Sports turut mengeluarkan amaran kepada pelanggan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang risiko aktiviti penipuan. Dalam masa yang sama, JD Sports turut memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas dengan masalah ketirisan data.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN