Close

iQOO 11 5G dijangka akan diumumkan di Malaysia tidak lama lagi

iQOO Malaysia hari ini berkongsi imej rasmi yang memperlihatkan kerjasama syarikat tersebut dengan BWM. Ia sekaligus memberikan gambaran yang mana akan ada peranti bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Melalui perkongsian itu, ia memperlihatkan hantaran imej kerjasama iQOO dengan BWM dan tertera model yang akan dilancarkan iaitu iQOO 11 5G. 

iQOO 11 5G buat masa ini belum lagi dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini. Namun berdasarkan beberapa maklumat awal, peranti ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 120W dan skrin 144Hz.

Walaubagaimanapun, pada ketika ini tiada sebarang tarikh yang dikongsi mengenai pelancaran peranti tersebut. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN