Close

Kilang iPhone terbesar di dunia terpaksa ditutup


Kilang iPhone terbesar di dunia yang terletak di Zhengzhou China diarahkan tutup selama tujuh hari.

Arahan penutupan itu berkuatkuasa dari 2 November sehingga 9 November berikutan kes Covid-19 di Zhengzhou mencatatkan kenaikan yang mendadak dari 95 kes sehari kepada 359 sehari.

Sehubungan dengan itu, kerajaan China mengarahkan penduduk tidak meninggalkan kediaman kecuali untuk melakukan ujian. Selain itu, kenderaan tidak dibenarkan beroperasi kecuali yang membawa keperluan.

Ketika ini, lebih dari 200,000 pekerja telah dikuarantin dan memaksa mereka meninggalkan kemudahan dengan berjalan kaki untuk mengelakkan sekatan pengangkutan.

Penutupan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk menghentikan wabak dari menjadi lebih serius dan kearah sifar-Covid. Penutupan ini, sedikit sebanyak akan menggangu operasi utama Foxconn dan akan merumitkan usaha membawa masuk pekerja baharu.

ARTIKEL BERKAITAN