![]() |
Sumber : @Onleaks @SmartPrix |
Desas–desus mengenai siri baru OnePlus iaitu OnePlus 10T semakin hangat diperkatakan. walaupun pihak OnePlus belum lagi mengeluarkan sebarang tarikh rasmi mengenai hari pelancarannya namun beberapa laporan awal telah pun mengesahkan beberapa perkara mengenainya.
![]() |
Sumber : root mygalayx.net |
Terkini, melalui laman web terkenal iaitu Amazon UK OnePlus 10T telah dilihat berada dalam penyenaraian di laman web tersebut yang sekaligus memberikan beberapa maklumat awal seperti harga jualan dan juga spesifikasinya.
![]() |
Sumber : @Onleaks @SmartPrix |
Melalui penyenaraian tersebut, harga jualan bagi OnePlus 10T akan bermula pada £799 (RM4,200) untuk spesifikasi asas iaitu 8GB+128GB. Manakala untuk spesifikasi, OnePlus 10T akan di jana oleh Snapdragon 8+ Gen 1 bersama GPU Adreno 730, skrin FHD+ AMOLED, paparan 120Hz dan tetapan tri kamera dengan kamera utama 50 MP.
Dengan penyenaraian tersebut, ia juga mengesahkan yang OnePlus 10T akan di jual bersama pengecasan di dalam kotak. OnePlus 10T di jangka akan dilancarkan pada bulan ini, kami menjangkakan OnePlus akan mengumumkan tarikh pelancarannya tidak lama lagi.