Close

Sony WF-1000XM4 tertiris – Hadir dengan ANC yang lebih bagus, rekaan baharu dan bateri lebih tahan lama

Baru-baru ini telah tertiris video promo tentang Sony WF-1000XM4 yang dilihat menggunakan rekaan yang baharu dan penggunaan cip Sony V1 yang dikatakan akan memberi pengalaman fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) yang lebih bagus berbanding model sebelumnya.

Menariknya lagi buat penggemar audio, WF-1000XM4 juga akan menyokong kualiti audio tanpa wayar LDAC dan pengesahan Hi-Res Audio. Ini membolehkan pengguna mendapat pengalaman audio lebih bagus ketika mendengar lagu.

Selain itu, ketahanan bateri juga turut dipanjangkan dengan ketahanan sehingga 8 jam penggunaan buds sahaja untuk fungsi ANC yang aktif dan 24 jam bersama dengan bekas pelindungnya. Jika tidak gunakan ANC, ia mampu bertahan sehingga 12 jam.

Antara ciri lain lagi, WF-1000XM4 menyokong pengecasan Qi Wireless, menggunakan USB-C, menyokong ketahanan IPX4 sekiranya anda ingin gunakan untuk tujuan bersukan.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan berapa harga jualan rasminya di Malaysia. Namun dijangka harganya tidak akan lari jauh dari WF-1000XM3, iaitu dijangka sekitar RM949 ~ RM999. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN